Pengkhidmat Ternama Askar_Timbalan_Setia

Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah:[1]

  • Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor
    Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
  • Tun Hussein OnnPerdana Menteri Malaysia
    Tun Hussein Onn juga pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hyderabad ke-19 di India.
  • Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM
    Jeneral (B) Tun Ibrahim Bin Ismail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hyderabad ke-19 di India.
  • Ungku Ahmad bin Abdul Rahman
    Salah seorang daripada tiga orang yang dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India